Saturday, November 22, 2008

Pening-Pening Lalat....

Pelik-pelik...

Tok Ayah 'konpius' sekarang ni Tok Ayah kat mana, nak kata kat Malaysia tapi bila buka tv (Astro) penuh dengan rancangan dari seberang (Indonesia), bukak chenel tu citer Indonesia, chenel ni citer Indonesia, banyak betul siaran dari seberang...

Pelik-pelik...

Bila sebut cerita dari seberang ni, bukannya Tok Ayah anti-seberang, tapi cerita-cerita yang ditayangkan tu kadang kala boleh merosakkan aqidah orang Islam. Contohnya cerita Bawang Putih Bawang Merah' yang disiarkan pada hujung minggu tu. Dalam cerita tu ada seekor pari-pari yang ada kuasa ajaib,lalu si Bawang Putih ni selain berdoa kepada Allah dia juga memohon sesuatu dari si pari-pari ni, tak ke syirik tu sebab menyekutukan Allah, percaya kepada kuasa lain...

Pelik-pelik...

Bila bukak surat khabar kolum hiburan, dok citer lak pasal artis Indon..Tak cukup dengan budaya hiburan dari dalam negeri, dibawa pula artis-artis Indon sehinggakan konsert-konsert pun diadakan..Teringat pulak judul lagu 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' yang dinyanyikan oleh artis Indon, tak ker naya judul gitu?? kenapa tak buat judul 'Makhluk Tuhan Paling Wara' ker apa-apa ker....

Pelik-pelik...

Dalam kolum jenayah pulak, ramai ler penjenayah-penjenayah dari Indonesia ni yang kena tembak mati dek polis Malaysia disebabkan kegiatan jenayah mereka di sini..Tak kurang pula dengan operasi PATI, ramai dari kelompok mereka...

Pelik-pelik..

Baru-baru ni kecoh sekejap pasal anak gadis Malaysia yang dilarikan atau melarikan diri ke Lombok Indonesia..juga melibatkan warga Indon..tu baru satu wilayah iaitu Lombok, wilayah lain tak tahu ler lagi...


Pelik-pelik...

Sebab tu ler Tok Ayah 'konpius' sekarang ni Tok Ayah masih di Malaysia atau berada di Indonesia...Mungkin boleh gak (kalau tak salah dari segi bahasa ler) digelarkan budaya "Indonisme"..kalau sekular boleh jadi sekularisme, maka gejala sebegini di Malaysia pun boleh jadi "Indonisme"...

ALHAMDULILLAH... akhirnya...

Akhirnya...

Teringat dulu sewaktu Tok Ayah belajar di Jordan, sibuk budak-budak ni nak join yoga yang diajar oleh seorang budak Indon, kononnya dapat macam-macam, contohnya badan jadi ringan sampai leh duduk atas daun dan lain-lain lagi ler....

Masa tu kedengaran mengenai kehebatan "tok guru Indon" ni, katanya dia belajar terus dari Tibet dan memang pakar dalam yoga ni, Tok Ayah dan kawan-kawan (Fadli jawa, Nain, Pudin dll) rasa pelik. Lagipun menurut kenyataan seorang kawan (Fadli), sewaktu beliau di Syria dulu pun ada budak Indon ni ngaja yoga dan apabila sampai satu tahap kena tulis kalimah syahadah 'la ilaha illallah' dengan kaki kemudian langkah kalimah tersebut (tak ker naya kes gitu, rosak aqidah tu). Kami pun sepakat menyatakan yoga ni boleh menyesatkan orang islam dan membawa kepada murtad, masa tu tahun 2005/2006, fatwa ni pun belum keluar lagi...

Akhirnya apabila fatwa ni dikeluarkan pada hari ni, Tok Ayah rasa lega sebab apa yang terbuku selama ni dah dapat jawapanya...

Moga dengan diwartakan fatwa ni, kawan-kawan di Jordan dulu (bakal-bakal ustaz) yang penah join yoga dapat insaf dan jangan 'gedebe' sangat,bertaubat sebelum terlambat, aqidah bukan untuk dipermainkan tapi untuk dipertahankan..

Umat Islam diharam amalkan Yoga secara sistematik

22/11/2008 1:20pm
PUTRAJAYA 22 Nov. — Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.
— BERNAMA